INI MERUPAKAN LAMAN BAGI TEMPAHAN
NOVEL NIRNAMA 2 + KOMIK NIRNAMA: KELANA PENDEKAR TANPA NAMA
Mohon semua penerangan di laman ini diteliti terlebih dahulu
agar tidak timbul apa-apa salah faham dan mengganggu kelancaran urusan tempahan.
Terima kasih kerana sudi mahu menyertai tempahan ini.

10 tahun telah berlalu semenjak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan. Insan yang kita kenal sebagai Nirnama telah lama tidak menggunakan gelaran tersebut, memandangkan namanya telah didedahkan 10 tahun lalu. Dia sekarang merupakan Laksamana Utama bagi Kerajaan Semutar Putih, yang memerintah seluruh Tanah Semenanjung sehingga ke sempadan Segenting Kra.

Kerajaan Ayutthaya tidak berpuas hati dengan kekuasaan Kerajaan Semutar Putih ke atas wilayah-wilayah tinggalan Raja Bersiong, lantas melancarkan perseteruan ke atas Kerajaan Semutar Putih. Saban tahun, serangan yang dilancarkan semakin dilipat gandakan. Sehinggalah berlaku satu peristiwa hitam yang menggegarkan semua.

Pada saat Tanah Semenanjung kembali bergejolak, seorang pendekar misteri muncul membantu orang ramai yang memerlukan. Tiada siapa tahu akan gerangan dirinya, memandangkan dia tidak berbicara, juga menyembunyikan wajahnya.

Orang ramai mula menggelarkan pendekar itu sebagai Nirnama.

NOVEL NIRNAMA 2 TURUT DIHIASI SEKITAR 70 ILUSTRASI HASIL TANGAN HANI RAIMI

Sebelum Nirnama bertembung dengan Bagak Durjana bagai yang dihikayatkan dalam Novel Nirnama, pendekar tanpa nama itu telah terlebih dahulu mengembara ke seluruh Tanah Semenanjung selama 5 tahun lamanya. Ringan tulang membantu sesiapa yang memerlukan, dan tidak diam dengan kezaliman jika berlaku di hadapan matanya. Atas sebab itu juga, walau dia tidak bernama, Nirnama menjadi masyhur dan gelaran Nirnama meniti di bibir rakyat.

Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama membawakan 10 kisah dari pengembaraan Nirnama tersebut. Dari segi latar masa, kisah-kisah ini berlaku dalam dua tahun terakhir pengembaraan Nirnama di Tanah Semenanjung sebelum dia bertembung dengan Bagak Durjana.

10 kisah ini padat dengan nilai murni, pesan-pesan kebaikan, dan semestinya aksi kependekaran daripada Nirnama.

Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama diusahakan oleh Hafiz Ismail, pelukis komik tersohor - Wira Kera.

VOUCHER DISKAUN TERSEBUT AKAN DIBERIKAN KE EMAIL PARA PENEMPAH 2 MINGGU SEBELUM PRE-ORDER VERSI JAWI BERMULA.

TIDAK ADA PEMBELIAN ASING. Bagi yang nak beli novel sahaja, atau komik sahaja, tidak ada pilihan tersebut. Anda kena tunggu bila karya sudah terbit kelak, setelah semua pelanggan pre-order mendapat tempahan masing-masing, barulah anda boleh beli stok tersedia.

Tetapi ketika itu tiada cenderamata percuma, juga harga mungkin akan berlainan.
Harap maklum.

ANDA TIDAK PERLU BUAT AKAUN UNTUK PRE-ORDER DI WEBSITE SAYA. Hanya perlu guna guest account sahaja.

Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian anda memberikan sokongan kepada karya Nirnama.