LAMAN
PRA-TEMPAH
KARYA NIRNAMA:
HIMPUNAN HIKAYAT TANAH SEMENANJUNG

Pre-order kini dibuka untuk versi paperback(kulit lembut)!
Versi kulit keras sudah tidak ada!

Apa itu karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung?

Karya ini merupakan prekuel kepada Novel Nirnama. Bermakna segala cerita di dalam karya ini berlaku sebelum berlangsungnya Novel Nirnama.

Mohon rujuk kulit novel di atas. Di sana ada sinopsis. Baca sinopsis tersebut. Bandingkan antara dua kulit novel. Anda akan dapat kepastian bahawa karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung merupakan prekuel kepada Novel Nirnama. Dua karya yang berbeza. Bukan karya yang sama.

Karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini
mengandungi 19 hikayat.
Sekitar 95,000 patah perkataan.
Diiringi lebih 80 ilustrasi hasil tangan Tuan Firdaus Abu Bakar
Dijangka ketebalan karya ini menghampiri 650 muka surat atau lebih.

Karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini sudah saya buka pre-order semenjak 1hb Disember 2022 sebenarnya. Tetapi itu untuk cetakan pertama versi berkulit keras, bersama-sama versi jawi.

Sekarang saya buka untuk versi paperback(softcover) versi rumi.

Saya juga membuka tawaran untuk yang berminat mendapatkannya secara kombo dengan Novel Nirnama bersama tawaran harga yang lumayan.

Bagi yang melakukan pre-order, anda layak mendapat:
- 2 Penanda Novel
- Diskaun Kos Pos: Percuma bagi Semenanjung, Diskaun kos pos sebanyak 50% bagi Sabah & Sarawak

Pre-Order ini dibuka sehingga 10hb Mac 2023.

Cenderamata Penanda Novel & Tawaran Diskaun Kos Pos hanya dijamin untuk pre-order sahaja. Di luar pre-order, saya tidak menjamin kewujudan kedua-dua tawaran tersebut.

Proses pembungkusan dan pos hanya akan bermula pada 1hb April 2023.

Kami akan bungkus dan pos mengikut aturan order, bermula pada 1hb April 2023 tersebut.

Kami akan menggunakan khidmat Ninja Van sebagai kurier bagi proses pre-order ini.

Harap maklum.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH SUDI PRE-ORDER!