INI LAMAN PRE-ORDER VERSI JAWI UNTUK
NOVEL NIRNAMA &
NIRNAMA: HIMPUNAN HIKAYAT TANAH SEMENANJUNG

Kedua-dua judul ini sepatutnya berstatus eksklusif dan saya tidak rancang nak cetak lagi. Tetapi baru-baru ini versi jawi Nirnama telah viral di TikTok dan saya mendapat terlalu banyak permintaan, sehinggakan sepanjang PBAKL2023 berlangsung, soalan berkenaan versi jawi paling banyak ditanya.

Maka dengan itu, saya buka pre-order ini untuk memenuhi permintaan ramai.

Kulit Novel Nirnama VERSI JAWI

Kulit karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung VERSI JAWI

Ilustrasi untuk Novel Nirnama versi jawi. Diusahakan oleh Cik Hani Raimi. Ada sekitar 75 ilustrasi.

Ilustrasi untuk karya Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung versi jawi. Diusahakan oleh Tuan Firdaus Abu Bakar. Ada sekitar 90 ilustrasi.

Pre-Order bermaksud anda menempah barang yang belum ada. Buat masa ini versi jawi sudah habis. Saya buka pre-order ini supaya saya tidak menanggung rugi mencetak karya yang nanti tidak dibeli. Jadi dengan duit pre-order andalah saya jadikan modal untuk cetak versi jawi ini nanti.

Saya bercadang mahu menjalankan pre-order ini sehingga 31hb Julai 2023.

Proses cetak pula biasanya akan memakan masa lagi sebulan.

Jadi saya sasarkan tarikh untuk proses bungkus dan pos bermula adalah selewat-lewatnya pada 1hb September 2023.

Jika anda faham hal ini, sila pilih set mana yang anda mahu tempah.

Klik butang merah untuk buat pre-order.

Sample Novel Nirnama Versi Jawi

Sample Versi Jawi Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung